cybernovela : CBDS pt9
CEMPAKA BIRU DITAMAN SALJU
Watak : Azrul, Tan Sri Halim, Puan Sri Nora, Farah, Ika, Ariana, Aida, Abang Kasim, Zul, Zali, Ainul Hazriah, Mahadhir & Hana.
...sambungan dari CBDS pt8...
”Man, kenapa kau meninggalkan kami. Kau masih muda abangku”, Azrul semakin tidak menentu di atas pemergian abangnya yang selama ini amat dia hormati. Dia kelihatan sedih dan agak kurang bertenaga. Walaupun abangnya sudah meninggal dunia sejak 2 bulan yang lalu. Dia kerap menyalahkan dirinya sendiri dan masih berkabung di atas pemergian abangnya untuk selamanya. Azrul masih belum memulakan tugasnya di DELIMA disebabkan kejadian ini. Dia merasakan seolah-olah tiada lagi impian yang lebih indah yang bakal dia hadapi lagi. Dia terlalu menyayangi abangnya. Adakah memang tiada hari esok untuk Azrul dan keluarganya ?.
Adakah Tan Sri Halim hanya mampu melihat keadaan anaknya sebegini pada setiap hari ?. Azrul dan Farah bakal mewarisi perniagaan DELIMA. Tan Sri Halim kelihatan sugul dan masih tetap menampakkan ketabahannya yang sukar hendak orang lain gambarkan yang dia pun turut bersedih di atas kemalangan itu. Walaubagaimanapun, beliau kini harus yakinkan Azrul meneruskan hidup ini dan menguruskan DELIMA secepat mungkin. Tan Sri Halim tidak mahu kenangan lalu menghantui keluarganya dan kalau boleh biarlah ia menjadi satu kenangan yang hitam buat mereka sekeluarga. ”Usah dikenang lagi Azrul, kita berdoa kepada Allah agar Man ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman, ye nak. Tabahkan hatimu.”, kata-kata yang dimuntahkan daripada Tan Sri Halim kepada anaknya Azrul. Dikala ini, Puan Sri Nora sedang menghantar anaknya yang bongsu iaitu Farah ke sekolah berasrama penuh.
”Ika, kenapa perlu kenangkan yang lalu. Biarlah ia menjadi kenangan yang manis untuk dirimu. Life must go on girl”, jelas Ariana, seorang teman Ika yang paling akrab dan merangkap rakan sekerja Ika. Tiba-tiba mereka di celah seorang gadis yang kecil molek. ”Haaa, kau orang sedang buat apa ni ?”, tanya Aida yang kelihatannya baru balik daripada sesi temuramah dia dengan artis terkenal pada masa kini iaitu Mawi.
”Wah Aida, semakin WORLD kau ni yer ?. Baru beberapa jam interview Mawi dah lain macam jer.”, sindir Ariana.
”Ye ker, mana ada. Kau ni merepek la Ariana.”, ujar Aida dengan tegasnya.
”Ehh, kenapa minah ni diam jer sejak dari tadi ?. Kecewa sebab Mawi dah bertunang ke ?. Hehehehe”, sindiran yang terlalu sinis daripada Aida buat Ika yang memang tidak sedar-sedar lagi kehadiran gadis kecil ini.”Ish Aida, janganlah ganggu dia. Bekas teman lelaki dia kan baru je meninggal dunia 2 bulan lalu. Hormatlah sikit perasaan orang.”, pesan Ariana kepada Aida.
”Ok Ok. Sorry Ika. Aku tak sengaja pun. Aku gurau-gurau jer.”, Aida memohon kemaafan yang kelihatannya agak bersedih juga di atas kehilangan Azman. Bagi Aida, Azman merupakan teman yang secocok buat Ika namun Allah lebih menyayangi dia. Ika dan rakan-rakan harus tabah dan menerimanya dengan hati yang terbuka.”Ariana, aku akan mula bekerja next week. Papa aku pun sudah bertanyakan bila aku nak kembali kerja seperti biasa.”, Ika memberitahu kepada Ariana.
”Ok Ika. Aku pun lebih suka kau mula bertugas di syarikat ayah kau tu. Macam-macam yang perlu kau ambil tahu. Ayah kau pun bukannya sihat sangat. Kau pun satu-satunya anak dia, so, be strong ye.”, Ariana menjelaskan situasi yang berlaku pada masa ini.
”Aida, bagaimana dengan temuramah kau dengan Mawi. Tentu seronokkan. Dia tu simple dan tampak jujur orangnya. Tahniah Aida.”, tanya Ika kepada Aida dengan mirip muka ingin tahu dengan lebih lanjut. Maklumlah, Ika ni sebenarnya peminat Akademi Fantasia especially orang yang bernama Mawi.
”Untuk pengetahuan kau orang berdua, Mawi ni memang cool orangnya. Walaupun nampak gemuruh tapi dia ni sudah pandai kawal percakapan dan gaya dia pun lebih meyakinkan berbanding sebelum dia keluar Akademi Fantasia sebagai juara.”, jawab Aida dengan wajah yang riang sekali.
”Ha, kau nengok Ika, Aida dah mula mengelamun tu.”, tegur Ariana kepada Ika.
Mereka bergelak-ketawa dan berbincang dengan lebih lanjut tentang Mawi.
”Zul, boleh tolong abang tak ?”, soal Abang Kasim kepada adiknya Zul.
”Abang nak saya buat apa ?. Cakap je.”, jawab Zul kepada abangnya.
”Abang ingin Zul jumpa seorang gadis ni dan berikan dia sepucuk surat ?”, pinta Abang Kasim kepada adiknya.
”Ohh, siapa gadis yang bertuah tu bang ?”, sindir Zul dengan diikuti senyuman yang nipis sangat.
”Namanya Ika, surat ini abang terima semalam daripada seseorang yang pernah menyintai dirinya.”, jawab Abang Kasim.
”Arwah Man yang tulis ke ?”, soal Zul dengan sedikit tampak terkejut.
”Abang tak tahu, cuma surat ini amat penting diberikan kepada Ika dan jangan sampai sesiapa tahu hal ini termasuk Azrul or keluarga arwah”, Abang kasim cuba menjawab soalan bertalu-talu daripada adiknya yang kelihatan amat kebingungan.
”Wait, wait. Sudah la kena berahsia-rahsia, lepas tu kenapa baru sekarang surat ini perlu diserahkan kepada Ika dan siapa yang menghantarkannya kepada abang ?”, soal Zul yang sudah pasti menanti jawapan yang jelas sekali.
”Maaf Zul, abang tak mampu jawab soalan tu. Sekarang ni Zul nak tolong atau tak nak ?”, Abang kasim tidak mampu menjawab segala pertanyaan adiknya lagi.
”Orait, Zul akan direct send kepada tuan empunya diri. Yang penting ada alamat rumah or office dia. Senang la sikit.”, jawab Zul dan dia melihat abangnya kelihatan gembira sekali dan bergegas mengambil surat berkenaan dan diserahkan kepada Zul.
Apakah intipati surat itu ?.
Siapakah yang menghantar surat itu ?.
Kenapa Azrul dan ahli keluarga arwah Azman tidak boleh mengetahuinya ?.
”Ainul, jom ikut Zali ke theme park. Sudah lama kita tidak berhibur di sana”, pinta Zali kepada bekas teman wanitanya Ainul Hazriah.
”Zali, kita sudah tidak seperti dulu lagi. Ainul tidak mahu ada komitmen dan cinta-cinta lagi pada masa ini. Maaf ye Zali”, jawab Ainul sambil memohon kemaafan.
”Ainul, Zali ajak ni pun bukan kita berdua sahaja. Zali ajak Mahadhir dan rakan baru dia Hana namanya. Jomlah. Please !!!”, pinta Zali dengan penuh keikhlasan melalui telefon.
”Baiklah Zali, Ainul tidak mahu Zali menaruh apa-apa perasaan lagi terhadap diri Ainul ini, ok ?”, tegas Ainul dan menerima pelawaan Zali.
”Okay, thanks Ainul. I’ll pick you up around 10am tomorrow morning.”, Zali memberitahu kepada Ainul.
”Baiklah Zali.”, jawab Ainul dengan nada yang memang agak kurang selesa.
Ainul Hazriah sememangnya menjadi rebutan ramai lelaki. Dulu, dia pernah mengenali seorang lelaki yang bernama Azrul (Familiar kan dengan nama ini) dan sesudah dikecewakan oleh Azrul, Ainul mula berhati-hati dalam perhubungan cinta ini. Apakan daya, Zali seorang jejaka yang tidak pernah kenal erti putus asa dan sering menganggap Ainul miliknya. Sebab itu bila dia melihat keakraban Abang Kasim dengan Ainul, menyebabkan Zali cemburu dan mengupah orang untuk memukul Abang Kasim. Beliau bernasib baik kerana Abang Kasim seorang yang boleh dibawa berunding dan tidak membawa hal ini ke muka pengadilan.
Apa yang pasti Azrul sebenarnya masih mencintai Ainul namun disebabkan impian ayahnya supaya anak-anaknya menceburi bidang perniagaan dan melanjutkan pelajaran di luar negara menyebabkan dia terpaksa berkorban melupakan semua kisah percintaannya. Dia menjadi korban di atas pergaduhan ayahnya dan arwah Azman. Walaubagaimanapun, Azrul tetap bersyukur kerana dirinya amat bertuah mempunyai keluarga yang baik sebegini dan dapat menjalani kehidupan dengan lebih baik lagi.
Adakah Azrul masih tercari-cari Ainul Hazriah ?.
Bagaimanakah impian Abang Kasim untuk memperkenalkan Zul dengan Ainul Hazriah ?.
Adakah bakal wujud konflik yang kritikal di antara Azrul dan Zul kelak sekiranya Zul dipertemukan dengan Ainul Hazriah ?.
”Lihat ke dalam mataku wahai sayangku... Ika, janganlah kau bersedih lagi....”
Adakah ini permulaan intipati surat yang patut diserahkan kepada Ika ?.
Siapa penulisnya dan siapa pengirimnya ?.
Nantikanlah di dalam sambungan yang akan datang.
Insya Allah.
...ikuti sambungan CBDS pt10...
2 comments:
pt10 mmg tak bole buka ke?
but.. overall, i love to read the whole story... cool
Dah lama saya stop mengarang. I will post part 10 dll.
Post a Comment