Sambungan CBDS...
Antara perubahan yg ketara... Puduraya dah tiada trip ke JB.. Skrg dah wujud terminal bersepadu bandar tasik selatan..
Maaf sekiranya terlalu membiarkan kisah cbds ini tergantung..
Posted by 9w2yvf - VF @ Yusairi at 6:49 AM 0 comments
CEMPAKA BIRU DITAMAN SALJU
Watak : Azrul, Tan Sri Halim, Puan Sri Nora, Farah, Ika, Ariana, Aida, Abang Kasim, Zul, Zali, Ainul Hazriah, Mahadhir & Hana.
...sambungan dari CBDS pt8...
”Man, kenapa kau meninggalkan kami. Kau masih muda abangku”, Azrul semakin tidak menentu di atas pemergian abangnya yang selama ini amat dia hormati. Dia kelihatan sedih dan agak kurang bertenaga. Walaupun abangnya sudah meninggal dunia sejak 2 bulan yang lalu. Dia kerap menyalahkan dirinya sendiri dan masih berkabung di atas pemergian abangnya untuk selamanya. Azrul masih belum memulakan tugasnya di DELIMA disebabkan kejadian ini. Dia merasakan seolah-olah tiada lagi impian yang lebih indah yang bakal dia hadapi lagi. Dia terlalu menyayangi abangnya. Adakah memang tiada hari esok untuk Azrul dan keluarganya ?.
Adakah Tan Sri Halim hanya mampu melihat keadaan anaknya sebegini pada setiap hari ?. Azrul dan Farah bakal mewarisi perniagaan DELIMA. Tan Sri Halim kelihatan sugul dan masih tetap menampakkan ketabahannya yang sukar hendak orang lain gambarkan yang dia pun turut bersedih di atas kemalangan itu. Walaubagaimanapun, beliau kini harus yakinkan Azrul meneruskan hidup ini dan menguruskan DELIMA secepat mungkin. Tan Sri Halim tidak mahu kenangan lalu menghantui keluarganya dan kalau boleh biarlah ia menjadi satu kenangan yang hitam buat mereka sekeluarga. ”Usah dikenang lagi Azrul, kita berdoa kepada Allah agar Man ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman, ye nak. Tabahkan hatimu.”, kata-kata yang dimuntahkan daripada Tan Sri Halim kepada anaknya Azrul. Dikala ini, Puan Sri Nora sedang menghantar anaknya yang bongsu iaitu Farah ke sekolah berasrama penuh.
”Ika, kenapa perlu kenangkan yang lalu. Biarlah ia menjadi kenangan yang manis untuk dirimu. Life must go on girl”, jelas Ariana, seorang teman Ika yang paling akrab dan merangkap rakan sekerja Ika. Tiba-tiba mereka di celah seorang gadis yang kecil molek. ”Haaa, kau orang sedang buat apa ni ?”, tanya Aida yang kelihatannya baru balik daripada sesi temuramah dia dengan artis terkenal pada masa kini iaitu Mawi.
”Wah Aida, semakin WORLD kau ni yer ?. Baru beberapa jam interview Mawi dah lain macam jer.”, sindir Ariana.
”Ye ker, mana ada. Kau ni merepek la Ariana.”, ujar Aida dengan tegasnya.
”Ehh, kenapa minah ni diam jer sejak dari tadi ?. Kecewa sebab Mawi dah bertunang ke ?. Hehehehe”, sindiran yang terlalu sinis daripada Aida buat Ika yang memang tidak sedar-sedar lagi kehadiran gadis kecil ini.”Ish Aida, janganlah ganggu dia. Bekas teman lelaki dia kan baru je meninggal dunia 2 bulan lalu. Hormatlah sikit perasaan orang.”, pesan Ariana kepada Aida.
”Ok Ok. Sorry Ika. Aku tak sengaja pun. Aku gurau-gurau jer.”, Aida memohon kemaafan yang kelihatannya agak bersedih juga di atas kehilangan Azman. Bagi Aida, Azman merupakan teman yang secocok buat Ika namun Allah lebih menyayangi dia. Ika dan rakan-rakan harus tabah dan menerimanya dengan hati yang terbuka.”Ariana, aku akan mula bekerja next week. Papa aku pun sudah bertanyakan bila aku nak kembali kerja seperti biasa.”, Ika memberitahu kepada Ariana.
”Ok Ika. Aku pun lebih suka kau mula bertugas di syarikat ayah kau tu. Macam-macam yang perlu kau ambil tahu. Ayah kau pun bukannya sihat sangat. Kau pun satu-satunya anak dia, so, be strong ye.”, Ariana menjelaskan situasi yang berlaku pada masa ini.
”Aida, bagaimana dengan temuramah kau dengan Mawi. Tentu seronokkan. Dia tu simple dan tampak jujur orangnya. Tahniah Aida.”, tanya Ika kepada Aida dengan mirip muka ingin tahu dengan lebih lanjut. Maklumlah, Ika ni sebenarnya peminat Akademi Fantasia especially orang yang bernama Mawi.
”Untuk pengetahuan kau orang berdua, Mawi ni memang cool orangnya. Walaupun nampak gemuruh tapi dia ni sudah pandai kawal percakapan dan gaya dia pun lebih meyakinkan berbanding sebelum dia keluar Akademi Fantasia sebagai juara.”, jawab Aida dengan wajah yang riang sekali.
”Ha, kau nengok Ika, Aida dah mula mengelamun tu.”, tegur Ariana kepada Ika.
Mereka bergelak-ketawa dan berbincang dengan lebih lanjut tentang Mawi.
”Zul, boleh tolong abang tak ?”, soal Abang Kasim kepada adiknya Zul.
”Abang nak saya buat apa ?. Cakap je.”, jawab Zul kepada abangnya.
”Abang ingin Zul jumpa seorang gadis ni dan berikan dia sepucuk surat ?”, pinta Abang Kasim kepada adiknya.
”Ohh, siapa gadis yang bertuah tu bang ?”, sindir Zul dengan diikuti senyuman yang nipis sangat.
”Namanya Ika, surat ini abang terima semalam daripada seseorang yang pernah menyintai dirinya.”, jawab Abang Kasim.
”Arwah Man yang tulis ke ?”, soal Zul dengan sedikit tampak terkejut.
”Abang tak tahu, cuma surat ini amat penting diberikan kepada Ika dan jangan sampai sesiapa tahu hal ini termasuk Azrul or keluarga arwah”, Abang kasim cuba menjawab soalan bertalu-talu daripada adiknya yang kelihatan amat kebingungan.
”Wait, wait. Sudah la kena berahsia-rahsia, lepas tu kenapa baru sekarang surat ini perlu diserahkan kepada Ika dan siapa yang menghantarkannya kepada abang ?”, soal Zul yang sudah pasti menanti jawapan yang jelas sekali.
”Maaf Zul, abang tak mampu jawab soalan tu. Sekarang ni Zul nak tolong atau tak nak ?”, Abang kasim tidak mampu menjawab segala pertanyaan adiknya lagi.
”Orait, Zul akan direct send kepada tuan empunya diri. Yang penting ada alamat rumah or office dia. Senang la sikit.”, jawab Zul dan dia melihat abangnya kelihatan gembira sekali dan bergegas mengambil surat berkenaan dan diserahkan kepada Zul.
Apakah intipati surat itu ?.
Siapakah yang menghantar surat itu ?.
Kenapa Azrul dan ahli keluarga arwah Azman tidak boleh mengetahuinya ?.
”Ainul, jom ikut Zali ke theme park. Sudah lama kita tidak berhibur di sana”, pinta Zali kepada bekas teman wanitanya Ainul Hazriah.
”Zali, kita sudah tidak seperti dulu lagi. Ainul tidak mahu ada komitmen dan cinta-cinta lagi pada masa ini. Maaf ye Zali”, jawab Ainul sambil memohon kemaafan.
”Ainul, Zali ajak ni pun bukan kita berdua sahaja. Zali ajak Mahadhir dan rakan baru dia Hana namanya. Jomlah. Please !!!”, pinta Zali dengan penuh keikhlasan melalui telefon.
”Baiklah Zali, Ainul tidak mahu Zali menaruh apa-apa perasaan lagi terhadap diri Ainul ini, ok ?”, tegas Ainul dan menerima pelawaan Zali.
”Okay, thanks Ainul. I’ll pick you up around 10am tomorrow morning.”, Zali memberitahu kepada Ainul.
”Baiklah Zali.”, jawab Ainul dengan nada yang memang agak kurang selesa.
Ainul Hazriah sememangnya menjadi rebutan ramai lelaki. Dulu, dia pernah mengenali seorang lelaki yang bernama Azrul (Familiar kan dengan nama ini) dan sesudah dikecewakan oleh Azrul, Ainul mula berhati-hati dalam perhubungan cinta ini. Apakan daya, Zali seorang jejaka yang tidak pernah kenal erti putus asa dan sering menganggap Ainul miliknya. Sebab itu bila dia melihat keakraban Abang Kasim dengan Ainul, menyebabkan Zali cemburu dan mengupah orang untuk memukul Abang Kasim. Beliau bernasib baik kerana Abang Kasim seorang yang boleh dibawa berunding dan tidak membawa hal ini ke muka pengadilan.
Apa yang pasti Azrul sebenarnya masih mencintai Ainul namun disebabkan impian ayahnya supaya anak-anaknya menceburi bidang perniagaan dan melanjutkan pelajaran di luar negara menyebabkan dia terpaksa berkorban melupakan semua kisah percintaannya. Dia menjadi korban di atas pergaduhan ayahnya dan arwah Azman. Walaubagaimanapun, Azrul tetap bersyukur kerana dirinya amat bertuah mempunyai keluarga yang baik sebegini dan dapat menjalani kehidupan dengan lebih baik lagi.
Adakah Azrul masih tercari-cari Ainul Hazriah ?.
Bagaimanakah impian Abang Kasim untuk memperkenalkan Zul dengan Ainul Hazriah ?.
Adakah bakal wujud konflik yang kritikal di antara Azrul dan Zul kelak sekiranya Zul dipertemukan dengan Ainul Hazriah ?.
”Lihat ke dalam mataku wahai sayangku... Ika, janganlah kau bersedih lagi....”
Adakah ini permulaan intipati surat yang patut diserahkan kepada Ika ?.
Siapa penulisnya dan siapa pengirimnya ?.
Nantikanlah di dalam sambungan yang akan datang.
Insya Allah.
...ikuti sambungan CBDS pt10...
Posted by 9w2yvf - VF @ Yusairi at 6:32 PM 2 comments
CEMPAKA BIRU DITAMAN SALJU
Watak : Man, Azrul, Kasim, Zul, Hana, Mahadhir, Pemandu Bas Ekspress JB-KL, Penumpang-penumpang Bas Ekspress JB-KL, Pemandu Lori & Polis.
...sambungan dari CBDS pt7...
”Siapa ni ?”, tanya Man.
”La, adik hang sendiri tak kenai ker ?”, jawab Azrul dalam keadaan menggembirakan. Maklumlah sudah berapa tahun mereka tidak ketemu.
”Bang, dengar khabar abang balik kampung. Betul ker ?”, tanya Azrul pula.
””Yerp, abang jumpa mama dan adik Farah.”, jawab Man.
”Azrul, abang nak naik bas dah ni. Malam ni abang balik ke KL. Cuti sekejap jer”, tegas Man lalu meletakkan gagang.
”Ok”, jawab Azrul yang mungkin tak sempat Man mendengar.
Beberapa tahun lalu, Ika dan Man bagaikan merpati dua sejoli namun kini tidak pasti mengapa dan kenapa mereka renggang hanya disebabkan kata-kata Puan Asmah yang sebenarnya secara realiti menyayangi anaknya Ika dan tidak mahu anaknya hidup susah. Puan Asmah sememangnya berkenan dengan Man namun kalau difikirkan semula, dia nak bagi anaknya Ika makan apa ?. Itulah faktor utama Arif lebih baik daripada Man. Mungkin sudah ditakdirkan Ika dan Arif hidup bersama dan berkemungkinan Man pula menjadi halangan yang besar. ”Lagu Seandainya Masih Ada Cinta dendangan Dayang Nurfaizah, pilihan Zainal buat teman wanitanya yang jauh di mata tapi dekat dihati. Kita perdengarkan...”. Kedengaran corong radio bas ekspress yang Man naiki membuka radio ERA. Syahdunya lagu ini dan buat Man selesa dan terus mengelamun memikirkan masalah hubungannya dengan Ika. Tiba-tiba...
”Abang, next week Zul akan balik ke Sarawak.”, Zul memebritahu abangnya yang kini sedang berehat di ruang tamu rumah abangnya.
”Lama ker lepak sana sebelum cari kerja kat KL ni ?”, tanya Kasim dengan nada ingin tahu.
”Sebenarnya Zul baru terima offer syarikat di Sarawak.”, jawab Zul.
”Baiklah, kalau itu yang Zul fikirkan terbaik Zul. Kalau sudah tinggal di Sarawak, selalulah jenguk mak dan ayah kat sana. Ok brother. Ha, dah solat Isyak ker ?”, tegas Kasim kepada adiknya.
”Belum bang, Insya Allah, kalau Zul dah stay sana maka sudah pasti akan jenguk mak dan ayah. Abang jer entah bila nak balik sana. Masa call emak semalam, dia beritahu abang sudah lama tak pulang.”, Zul menjawab dengan nada gembira kerana abangnya sudah sembuh dan amat berharap agar abangnya tidak kenalkan lagi mana-mana gadis untuk dia. Biarlah yang lalu berlalu dengan baik. Hatinya sudah dipatahkan oleh seorang sahabat yang selama ini membantunya dan dia harus menerima dengan tabah dan pengorbanan ini harus dilakukan demi membalas segala budi yang pernah ditaburkan sahabatnya.
”Moga kau berbahagia Rul bersama Hana.”, kata hati Zul dengan melangkah ke bilik air untuk mengambil wudhuk.
Segala yang ada di dalam ruang hidup Hana memberikan dia suasana yang menggembirakan. Namun bekerja sebagai seorang doktor memang amat mencabar. Dia tidak sangka dalam usia muda dia sudah dikenali sebagai doktor pakar dan telah menerima pelbagai anugerah. Ibu dan abangnya amat berbangga terhadap diri dia. Kini dia dalam dilema samada ingin meneruskan hubungan dengan Azrul yang terkenal dengan playboynya ataupun jejaka yang dia jumpa tengahari tadi. Dia kagum melihat gaya dan perwatakan Mahadhir yang sungguh serius dan tenang menghadapi situasi. Hana merupakan seorang gadis yang prihatin terhadap keperluan masyarakat. Tidak hairanlah ahli-ahli keluarganya semua dikagumi oleh masyarakat setempat. Ibunya Datin Latifah seorang dermawan yang tidak putus-putus membantu anak-anak yatim serta ibu tunggal dan kadang-kadang dia pernah melihat ibunya mengalir air mata melihat situasi kehidupan yang susah ini. Dia kagum dengan ibunya. Hana mencapai gagang telefon.
”Hello”, suara lelaki kedengaran.
”Saya Hana, ini encik Mahadhir ker ?”, Hana memperkenalkan diri kepada Mahadhir.
”Oh, apa khabar Hana, ish toksah ber encik-encik, call me Mahadhir saja sudah memadai.”, jawab Mahadhir.
”Riuh rendah jer bunyi kat sana, Mahadhir kat mana ?”, tanya Hana.
”Ohhh, ada kenduri kahwin abang saya. Malam ni rewang-rewang. Esok kenduri”, jawab Mahadhir.
”Abang Mahadhir yang kahwin, so, Mahadhir sudah kahwin ker ?”, tanya Hana kembali.
”Ish Hana ni, saya bujang lagi. Teruna lagi tu. Hehehehe.”, lawak sinis Mahadhir.
”Hana, saya masih banyak perkara nak dibuat. Kita sembang later. Insya Allah saya akan call awak sejurus sampai di KL lusa. Can you wait for my call ?”, tanya Mahadhir.
”Baiklah, sampaikan salam kepada kedua-dua pengantin yer.”, jawab Hana dan meletakkan gagang telefonnya sesudah memebrikan salam antara satu sama lain.
”Aduhai Mahadhir, apabila mendengar suaramu hatiku tenang dan seolah-olah dibawa bayu laut yang tidak pernah aku lalui selama ini. Adakah ini namanya rindu.”, Hana mengelamun dan kata hatinya semakin terbawa-bawa macam Man yang kini dalam Bas Ekspress menuju ke KL.
Hana terlelap dan perlu tidur awal untuk menghadirkan diri ke Hospital seawal mungkin bagi memastikan pesakitnya tidak ternanti-nanti. Sungguh bersemangat Hana untuk memulakan tugasannya esok.
”tut tut, kini jam 8 pagi, Berita Pagi Malaysia, sebuah bas ekspress dari Johor Baharu ke Kuala Lumpur telah berlanggar dengan sebuah lori yang dipercayai pemandu lori itu telah terbabas ke lorong kecemasan dan menyebabkan bas ekspress berkenaan tidak sempat untuk mengelak lalu melanggar dibelakang lori itu. Pemandu lori berkenaan tidak mengalami sebarang kecederaan dan kini ditahan oleh pihak polis untuk disoal siasat. Manakala, seorang pemandu bas dan 10 orang penumpang telah dipercayai meninggal dunia di tempat kejadian. Mereka ialah Zairol Aswandi Bin Jusoh, Fadhli Zorwan Shah Bin Saad, Khairul Azman Bin Halim....”.
...ikuti sambungan CBDS pt9...
Posted by 9w2yvf - VF @ Yusairi at 6:28 PM 0 comments
CEMPAKA BIRU DITAMAN SALJU
Watak : Man, Puan Sri Nora, Azrul, Zul, Ika, Arif, Tan Sri Halim, Mahadhir, Hana & Pemanggil Misteri.
...sambungan dari CBDS pt6...
”Membuatku terjatuh dan terjatuh lagi, lalalalala, kau buatku terjatuh dan terjatuh lagi. Hmmm...”, nyanyian spontan yang Man cuba dendangkan tika ini di dalam bilik bujangnya yang sudah lama tidak dijenguk. Kenangan lalu tergenak seketika dalam diri Man pabila melihat cermin di titipan tingkap di ruang hujung biliknya itu. Album bintang di surga dendangan kumpulan Peter Pan benar-benar mencuit hatinya. Man memperlahankan sedikit radio yang berada di hujung katil empuknya sejak berbelas-belas tahun dia berbaring di atasnya. Kampung yang sunyi dan tenang ini memberi segala ketenangan di dalam dirinya. ”Ika, aku tidak akan menanti kau. Engkau sudah menghancurkan harapan diriku. Perlukah aku menanti ?.”, kata hati man sambil melihat pemandangan luar dari ruang biliknya.
”Man, mari turun makan yer. Kejap lagi ayah kau pulang.”, kedengaran suara ibu yang menyuruh anaknya turun ke bawah untuk menjamu selera di waktu tengahari. Man, masih menyendiri dan mengelamun. Dia tidak sedar ibunya memanggil-manggil. Hampir 30 minit Man menanti ibunya, yang pasti perut Man berbunyi-bunyi menanti untuk memakan masakan ibunya yang hampir 2 tahun tidak dijamu sejak dia bersengketa dengan ayahnya, Tan Sri Halim. Pintunya tiba-tiba diketuk dan Man terkejut seketika dan menuju ke pintu biliknya. ”Ha Man, mama ingat Man tidur tadi. Jenuh mama panggil Man tadi. Mari turun bawah yer. Ayah kau pun baru sampai.”, kata Puan Sri Nora kepada anak sulungnya. ”Baiklah mama, nanti Man turun. Oh yer mama, malam ini Man hendak berangkut pulang ke KL. Esok nak mula kerja semula.”, Kata Man kepada mamanya. Puan Sri Nora tampak kecewa dan sedih kerana tidak berpeluang hendak meluangkan masa bersama anaknya. Walauapapun, dia faham situasi dan matlamat anaknya. Tidak sekali-kali menghalang cara hidup anaknya. Asalkan pandai menjaga maruah keluarga sudah memadai baginya.
[penulis cybernovela terlelap seketika].
”Zul, kau kemana sejak akhir-akhir ini ?, puas aku cari kau.”, tanya Azrul kepada Zul. ”Aku tak berapa sihat la Rul. Oh yer, bagaimana dengan kerja kau ?”, jawab Zul dan tangkas memberikan soalan berkaitan dengan kerja Azrul. ”Ni la yang aku nak ajak kau sekali ke office tu. Aku ingat nak lantik kau sekali sebagai Eksekutif Pemasaran disitu. Kau nak ker. Aku start kerja esok. Jomlah...”, ajakan Azrul kepada teman baiknya sejak mula kenal masa study di UK dahulu. ”Tak kot Rul, aku dah dapat tawaran di salah sebuah syarikat di Sarawak. Aku baru jer terima offer mereka tadi. Maafkan aku yer Rul.”, jawab Zul dengan nada yang berkecil hati sedikit. ”Merajuk sampai ke Sarawak ker Zul ?”, tanya Azrul dengan niat ingin tahu selanjutnya. ”Bukan macam tu, aku ingin bekerja di tempat yang berdekatan dengan keluarga aku.”, jawab Zul dengan harapan dapat meyakinkan Azrul. Dia tahu berpisah dengan Azrul adalah salah satu perkara yang sukar kerana Azrul telah banyak membantunya tidak kira semasa study mahupun semasa dia kesempitan wang untuk membayar yuran sewa rumah dan macam-macam lagi. Inikan pula Azrul ingin menawarkan dia untuk bekerja dengan dia. Mungkin Azrul terlalu percayakan dia dan sudi menjadikan rakannya sebagai seorang yang berjaya suatu masa nanti. ”Oklah Zul, aku pun takleh paksa-paksa kau. Oh yer, Abang kau bagaimana ?. Dia pun join sekali ker tinggal kat Sarawak.”, jawap dan tanya Azrul sekali lagi. ”Abang aku dah sihat, dia akan keluar hospital petang ni. Dia tak ikut aku sebab life dia sudah bertapak kat KL ni. Rul, aku nak pi jemput abang aku kat hospital. Nanti yer kita sembang-sembang. Bye.”, kata-kata Zul yang terakhir lalu meletakkan gagang telefon rumahnya.
Ika masih menanti seseorang yang tidak pasti kenapa dia sudi bertemu dengannya. Ika amat kecewa dengan sikap Man yang sudah berminggu tidak menelefonnya or even sms. Mungkinkah Man sudah melupakannya. Kita pasti akan mengetahuinya kelak. ”Hi Ika, sorry buat Ika tertunggu-tunggu.”, soal Arif. ”Baru 5 minit tunggu. Tak mengapa. Ika tak kisah sangat. Selesa yer tempat ini, Arif selalu kemari ker ?”, tanya Ika dengan senyuman yang menawan. Aduhhh, rapuh hati orang-orang business kat situ melihat gadis yang anggun ini. Ika perasan akan situasi itu namun tumpuannya hanyalah kepada seorang jejaka muda yang agak terkenal dengan gayanya. ”Wow, you look smart today.”, Ika mengerlip sambil menatap wajah Arif. ”Well, it’s me. Sejak daripada dulu kenalah lihat bergaya agar ramai yang mendekati. Hahahahaha. Ika pun apa kurangnya. Menjadi tumpuan kat sini”, lawak sinis Arif kepada Ika. ”Ada-ada saja Arif ni.”, Ika tersipu-sipu mendengarnya. Mereka menjamu selera bersama sambil Arif menghulur sejambak bunga ros merah. Ika kelihatan menyukainya dan memberikan ucapan terima kasih. ”Kejap yer Ika, i got a call right now”, pinta Arif kepada Ika.
”Assalammualaikum Arif”, kedengaran suara lelaki. ”Waalaikumussalam Tan Sri”, jawab Arif kepada Tan Sri Halim. ”Esok anak saya akan memulakan tugasnya. Dia akan mengambil-alih urusan di KL dan kertas kerja awak boleh dibentangkan kepada dia nanti. So, tolong beri tunjuk ajar kepada dia dan pastikan your working paper memberansangkan dan boleh dilihat mampu tingkatkan matlamat company nak kembangkan business di europe. Good Luck.”, pinta Tan Sri Halim kepada Arif. ”Insya Allah Tan Sri, saya akan cuba yang terbaik dan akan memberikan kerjasama kepada anak Tan Sri.”, jawab Arif dengan nada yang terhela nafasnya sebab berkemungkinan peluangnya cerah. Mereka menamatkan panggilan dan Arif meneruskan lunch date dia bersama Ika.
Tit tit tit tiiiiiiii, BOOM. ”Woi, tak nampak ke orang nak keluar parking ni ?”, gertak seorang lelaki yang keluar daripada kereta wira merahnya (masihkah ingat watak ini di CBDS pt 2). ”Maaf yer encik, saya tak sempat nak brake dan sedang menerima panggilan tadi. Sorry again.”, jawab seorang gadis yang comel dan berambut panjang mengurai. ”Hmmm, ok, ok. Nasib baik calar sikit. It’s ok. Lain kali jangan buat lagi.”, jawab dan pinta Mahadhir. ”Perghhh, lawanya awek ni. Siapa agaknya ?”, kata hati Mahadhir. ”Encik err, kalau nak minta ganti rugi, hantarkan bilnya ke alamat saya. Ini kad saya.”, tanya Hana. Hana kelihatan terpikat juga dengan lelaki tu. ”Nama saya Mahadhir, cik pula.”, jawab Mahadhir dengan selamba dengan niat nak berkenalan. ”Awak ni, kan nama saya ada pada kad itu. Ish ish”, jawab Hana dengan keadaan malu-malu sebab Mahadhir seolah-olah tak berganjak memandang wajahnya. ”Opss, sorry. Panjang sangat nama ni, ada nama timangan ker ?”, pinta Mahadhir. ”just call me Hana.”, Hana menjawab sambil hulurkan salam dan mengharapkan perkenalan ini akan berjalan dengan baik. Mahadhir tanpa segan silu menghulurkan tangan kanannya untuk berjabat dengan Hana. ”Ok, i got an urgent meeting right now, boleh kita jumpa lain kali. Ok. Nice to meet you and sorry again.”, kata Hana sambil bergegas masuk ke dalam keretanya. ”Ok, Hana, see you soon”, Mahadhir melambai Hana yang berada di dalam kereta dan semakin kelihatan jauh pergi daripada matanya. ”Wow, dapat juga kenai sorang awek, boleh bawa jumpa emak aku kat Lekir suatu masa nanti.”, hati Mahadhir berkata-kata pada dirinya dan sedang dalam perjalanan ke Lekir, Perak untuk menemui keluarganya yang sudah lama tidak ketemu. Walaupun masih banyak tugas yang ingin dia lakukan di studio namun dia tidak akan sesekali melupakan ibunya yang tinggal di kampung.
”Assalammualaikum Man”
”W’salam. Siapa ni ?”
”Man, kenapa sudah lama tidak call ?”
Man menerima panggilan daripada seseorang yang dia tidak kenali......Pemanggil Misteri. Siapakah dia ?
...ikuti sambungan CBDS pt8...
Posted by 9w2yvf - VF @ Yusairi at 6:27 PM 0 comments
CEMPAKA BIRU DITAMAN SALJU
Watak : Abang Kasim, Ain, Encik Khairul, Man, Zali, Azrul, Hana, Ika & Puan Asmah.
...sambungan dari CBDS pt5...
"Siapa la yang aniaya hang ni kasim. ala kasim kesian aku nengok kau ni", luah dan tanyaan bertalu-talu hadir di kelopak cuping telinga Abang Kasim di petang sewaktu rakan-rakannya melawat beliau. Bagaimana harus dia menjawabnya atas sebab apa dia diperlakukan sedemikian malam semalam. Siapakan Ain itu dan apakah yang dia telah lakukan pada Ain tu. "Entah-entah Ainul Hazriah, dia sahaja yang memungkinkan aku dihentam sebegini. tak guna punya Zali. Takkan disebabkan Ainul tu sahaja, kau sanggup upah 4 orang tegap untuk sangap aku. Tergamak kau yer Zali. takpe, ada ubi ada bas, ada hari boleh aku balas.", kata-kata Abang Kasim dengan penuh semangat seperti Shell Vortex (promosi lebih).
"Hello Man, kau masih di kampung or kat KL ni ?.", soal Encik Khairul melalui panggilan telefon kepada Man. "Still at kampung la. Ada apa hal Encik Khairul ?.", tanya Man semula. "Begini, Abang Kasim kita dah kena sangap dengan sekumpulan lelaki. habis semua badan-badan dia lebam disepak dan ditumbuk last 2 night. Abang Kasim bediam sahaja tapi ada juga aku dengar daripada member yang solek-solek ni, mereka kata ni sebab Ain.", penjelasan Encik Khairul yang padat dan amat tepat. cehhhh. "Dah buat laporan polis ke ?.", tanya Man lagi dengan rasa terkejut dan sedikit terkujat di meja tamunya. "Sudah Man, itu sebab mereka duk dengar Abang Kasim duk sebut-sebut nama Ain, siapa dia tu ?, kau kenai ker ?.", soal Encik Khairul dengan nada ingin tahu lagi. "Tak kenai, takpelah Encik Khairul, saya ada hal sikit nanti balik saya jenguk Abang Kasim. ", jawab Man dan mereka menamatkan panggilan dengan memberi salam antara satu sama lain.
"Hehehehe, kan dah kena. Abang Kasim ni pun satu, aku dah cakap jangan buat pasal.", getus dan gelak kecil Man memberi petanda yang Man memang kenal Ain itu siapa dan siapa yang mengupah orang memukul Abang Kasim. "Takpe Abang Kasim, aku tetap doakan kau agar berjaya memperkenalkan adik kau untuk si Ain tu. Si Zul pula entah apa-apa, sibuk dengan Hana jer.", kata hati Man memberikan satu petanda yang mana adik Abang Kasim ialah Zul yang mungkin kawan rapat sekuliah dengan Azrul iaitu adik Man. Segalanya berpusing di line yang sama. tada.... "Relax Abang Kasim, semoga kau cepat sembuh, teruskan usahamu, chaiyo, chaiyo.", mesej SMS yang dihantar Man kepada Abang Kasim yang tersadai di wad hospital.
"Yo Rul, malam lusa ada majlis birthday mama aku, jemput datang yer. Oh yer awat Zul tak jawab call aku yer ?. Dia merajuk ke pasal aku luahkan segalanya tentang kita", jemputan dan tanyaan Hana kepada Azrul melalui telefon bimbitnya. "Hi Hana, Zul ada hal kecemasan sikit. Dia nampak ok jer ?. Lagipun best man win.", tawa dan jawapan Azrul yang mana kita ketahui sudah yang Hana dan Azrul rupanya bercinta antara satu sama lain namun tidak pernah diperjelaskan pada Zul. Tambahan pula Zul sudah tidak keruan kerana abangnya dipukul orang. "Ok, i'll come and hopefully you will introduce me with your family. Nite Hana", Azrul menamatkan panggilannya dengan Hana. Lalu Azrul cuba membuka komputer ribanya dan cuba-cuba mencari ruangan internet merchandise. Dia perlu memberi sesuatu yang menarik buat Datin Latifah. Sambil mencari-cari hadiah yang sesuai, mata dia tidak lelap mengenangkan gadis yang bernama Ika. "Perghhh, aku harap dia pergi ke birthday party tu. At least aku boleh kenai dia lagi. Hmmm, tentang Hana aku boleh adjust kemudian. hehehehe.", soal dan cadangan hati Azrul kepada dirinya. Azrul ini mempunyai watak yang berbeza dengan abangnya. Walaupun dia hanya anak angkat dalam keluarga Man namun dia tidak pernah dianggap sebegitu. Ibubapa Man amat sayangkan Azrul dan sebab itu Azrul sahaja yang dapat meneruskan niat ayah Man untuk memajukan perniagaan keluarga mereka.
"Ika, kenapa termenung ni sayang.", soal Puan Asmah kepada anaknya yang termenung panjang di tepi kolam renang rumahnya. "Ika rasa dipaksa yer nak berkawan dengan Ariff. Mama tak kisah tapi Ariff ini seorang lelaki yang baik dan bersopan-santun. Kerjaya pun ada masa hadapan. Mama tak mahu anak mama hidup susah di masa mendatang." , luahan Puan Asmah kepada anaknya. "Tak mengapalah mama, Ika tak fikir hal tu sangat, Ika cuma rasa letih sangat. Petang tadi sehari suntuk Ika jalan-jalan kat KL. Ika masuk dalam dulu yer mama, Assalammualaikum.", pinta Ika kepada Puan Asmah. "W'salam. Hmmm, ada sahaja alasan yang nak diberi bila sebut hal-hal ni. Ika, Ika.", getus hati Puan Asmah yang senantiasa cari peluang untuk memastikan rancangannya berjaya. Ika memasuki ruang biliknya. "Kenapa yer hatiku tetap tidak tenteram sejak melihat Azrul. Adakah dia sudah menambat hatiku. Ish, dia tu kawan Hana. Entah-entah dia boyfriend Hana. Ish, Ish, jahat aku ni.", hatinya meluahkan sesuatu yang entah kenapa dirinya berfikiran sedemikian tanpa melibatkan diri Man. Bagaimanakah pergolakan cinta yang Ika alami ini. Man, Ariff dan kini Azrul. Siapakah sebenarnya yang Ika mahukan. Kenapa Man diperlakukan sedemikian. Ariff pula tidak kurang baiknya dan Azrul seorang yang amat kacak dan menabur matanya dengan segala keindahan yang ingin dia alaminya sejak daripada dahulu lagi.
Segalanya pasti akan terungkai dalam bab-bab seterusnya.
...ikuti sambungan CBDS pt7...
Posted by 9w2yvf - VF @ Yusairi at 6:26 PM 0 comments