Google Search

Thursday, August 25, 2005

cybernovela : CBDS pt4

CEMPAKA BIRU DITAMAN SALJU

Watak : Man, Ariff, Encik Khairul, Tan Sri Halim, Chai Wee Chong, Datuk Ganesan & Farah

...sambungan dari CBDS pt3...

Man termangu seketika sambil mengemas semua alatan kamera di lokasi pengambaran dan dia amat berharap agar Encik Khairul dapat memberi kelonggaran 7 hari untuk dia bercuti menenangkan diri seketika. ”Encik Khairul, saya perlukan cuti 7 hari la. I got something to do.”, kata Man yang mengharap. “Fine, you got it tapi kalau kau tak menjelma lepas 7 hari tu aku suruh Abang Kasim jadi cameraman...”, senyuman sinis terpampang di wajah Encik Khairul.

Segala kerja-kerja pengambaran terhenti seketika disebabkan macam-macam problem yang timbul namun Encik Khairul seorang yang berdedikasi dan sudah tentu ia pasti dapat jua diatasi demi seni filem anak melayu kat malaysia ini. “Man, aku dengar kau ada hal penting sehingga nak mohon cuti 7 hari. Boleh aku tahu Man ?”, tanya Abang Kasim dengan nada yang amat prihatin sangat. ”Tak mengapa Abang Kasim, saya ada urusan sikit jer. Lepas 7 hari nanti elok la.”, senyuman tipu terlakar di wajah Man bagi memastikan Abang Kasim tidak teragak-agak akan situasi keadaan Man sekarang.

Tiba-tiba poket Man bergetar, vibrant handphone Man bergetar. ”Hello...”, Man mengeluarkan handphone dari poketnya. ”Abang, ibu tanya bila nak balik ?”, Farah yang kini dalam tingkatan 4 yang berharap agar abangnya balik ke Johor kerana ibunya terlalu rindukannya ataupun mungkin ada sebab lain. ”Abang dah beli tiket bas malam ni ke JB dan Insya Allah, sampailah abang yer dik.”, jawapan yang menggembirakan Farah dan ibunya. ”okey bang, jangan lupa belikan Farah hadiah yer ?”, pinta Farah pada abangnya. ”Mengada-ngada adik ni, oklah abang ada kerja ni. Kirim salam pada ibu dan ayah.”, pinta Man pada adiknya. ”Ayah kat KL la bang, dia ada mesyuarat katanya”, jawapan Farah sungguh mengejutkan Man. ”baiklah Farah, jumpa nanti yer. Bye.”, kata-kata terakhir sebelum panggilan ditamatkan antara Man dan adiknya Farah.

Man teringat kisah di mana dia tidak mahu menerima apa saja bentuk bantuan daripada ayahnya. Dia memang seorang yang suka berdikari dan dengan bantuan rakan-rakannya ke arah minatnya dalam dunia seni filem ini maka dia telah terkenal di kalangan ahli-ahli seni filem ini walaupun hanya dibelakang tabir. ”Baiklah, kalau itu yang kau mahu Man, ayah tak halang tapi jangan harap satu sen pun daripada ayah. Ayah mahu kau sendiri tahu bagaimana peritnya hidup kat KL tu tanpa segalanya. Sia-sia saja belajar kat luar negara dan kemudian nak jadi orang filem.”, tegas ayah Man yang terkenal dengan ketegasan dalam pekerjaannya. ”Arghhh, sekurang-kurangnya ibuku menyokong sudahla. Itu sudah memadai”, kata Man pada dirinya semasa memakai topi keledar sebelum meneruskan perjalanan ke rumahnya untuk bersiap-siap pulang ke kampung.

”Ariff, I think your proposal is not suitable for our company. Maybe you need to be more creative to ensure my requirements needed.”, luahan Tan Sri Halim yang kelihatannya tidak mahu menerima cadangan Ariff untuk memperkembangkan perniagaan Tan Sri Halim ke peringkat antarabangsa. “Saya datang jauh-jauh ini to hear the craps thing from you.”, Kritisan daripada Tan Sri halim sebegini memang memberi cabaran besar buat Ariff yang kini bekerjasama dengan syarikat Tan Sri Halim bagi tujuan memperkembangkan perniagaan ke USA dan UK. Pengarah-pengarah yang lain agak kaku seketika. Chai wee Chong, salah seorang pengarah juga merasakan luahan Tan Sri Halim itu ada benarnya dan Chai adalah merupakan pesaing Ariff yang paling kuat di dalam syarikat itu. Namun Datuk Ganesan mendiamkan diri sahaja disebabkan dia agak neutral dalam soal-soal business ini. Asalkan dapat untung sudah memadai bagi dirinya.

”Baiklah, I give you two more weeks, if no improvement or new idea for what we had discussed before, We will do Chai’s way.”, “Chai, you get ready with your next presentation”, arahan Tan Sri Halim agak terlalu keras pada Ariff. Sememangnya Ariff dan Tan Sri Halim tidak pernah ada rasa kamcing antara satu sama lain. Sifat Tan Sri Halim memang serius dalam dunia perniagaan dan ianya tidak pernah kenal erti rasa simpati or apa sahaja yang berkaitan dengan makan-hati. Kasihan Ariff. ”Baiklah Tan Sri, saya cuba yang terbaik dan akan membuktikan yang cadangan saya dapat diterima oleh semua pihak.”, Ariff dengan nada yang bersemangat meluahkannya di hadapan semua pengarah syarikat. Sebenarnya Chai juga pernah ditengking oleh Tan Sri Halim kerana sikap dan kecuaian dia menjalankan urusan perniagaan syarikat dan kadang-kadang menyusahkan semua jabatan di dalam syarikat. Sebab itu, inilah masanya Chai We Chong ingin membalas dendam pada Ariff yang sering diperkatakan seorang pengarah muda yang berwibawa dan mendapat tempat di hati Tan Sri Halim. ”Ok, kita tangguhkan dulu meeting ni. I got to go back. Kita jumpa lagi 2 minggu daripada sekarang.” , tegas Tan Sri kepada semua yang berada di dalam mesyuarat itu.

Ariff masih terngiang-ngiang kritikan pedas daripada Tan Sri Halim. Tan Sri Halim adalah seorang tokoh korporat yang disegani dan beliau yang telah membantu syarikat arwah ayahnya ini agar senantiasa berada dalam keadaan stabil dan maju sewaktu Ariff masih belajar di UK. Arwah ayahnya, Datuk Osman meninggal dunia akibat kemalangan jalanraya dan sewaktu itu syarikat masih memerlukan pengurusan yang kuat dan Tan Sri Halim bersetuju membantu dan melaburkan duit yang banyak bagi memastikan syarikat rakan lamanya itu menjadi sebuah syarikat yang berjaya. Beliau juga tidak ragu-ragu untuk melantik Ariff dalam organisasi syarikat sebagai pengarah kewangan dan pemasaran. Walaubagaimanapun, itu hal dulu. Kini Ariff hanya ada 2 minggu untuk mencari idea-idea yang baru untuk presentation beliau. ”Aduh, blur aku. Maybe aku perlu release some tension sikit.”, kata hati Ariff.

”Hello, Ika ker ni ?”, suara lelaki berkumandang di telinga Ika. ”Ya, saya Ika, siapa yang bercakap di telefon tu ?”, tanya Ika pada suara yang agak jarang dia dengari. ”Ariff la, anak Datin latifah, ”, jawab Ariff dengan nada yang agak perlahan. ”Ohhh, Ariff, how are you ?”, jawab Ika yang kelihatan gembira seketika. ”I’m fine, so, buat apa di UK ?, bila nak balik Malaysia ?”, pertanyaan pada Ika menyebabkan Ariff merasakan selesa sedikit sesudah dihambur kata-kata pedas daripada Tan Sri Halim sejam yang lalu. ”Oklah Ariff, got to go dulu, I ada urusan sedikit kat UK ni, lagipun nak balik dah ke KL. Bye Ariff”, jawapan Ika dengan agak tergesa-gesa. ”Oklah, see you later. Bye.”, jawab Ariff dengan nada yang agak kecewa sedikit namun dia merasakan peluang untuk dia mengenali Ika dengan lebih dekat amat tinggi kalau dia lebih berani. Namun Ariff seorang yang agak sibuk dengan perniagaan menyebabkan dia jarang fikirkan soal berkasih ini. “Aduhh, bebal betul aku ni.”, keluhan yang tidak bermakna daripada Ariff.

Di Puduraya, Man memandang sekeliling dan kelihatan stesen minyak Shell bertentangan dengan Puduraya agak sibuk dengan barisan-barisan kereta untuk mengisi minyak petrol tanpa plumbum. ”Pengumuman untuk penumpang Bas Ekspress Senandung, perjalanan ke JB jam 9.30 malam. Semua penumpang harap berada di Platform 10. harap maklum.”, pengumuman daripada kaunter Bas Ekspress Senandung menyebabkan Man terganggu seketika dan bersiapkan diri untuk ke platform 10. Sesuatu yang menarik mungkin akan menanti Man di sana ataupun hanya perlu mendengar luahan ayahnya yang sering mengguris hati.

...ikuti sambungan CBDS pt5...

No comments: