cybernovela : CBDS pt8
CEMPAKA BIRU DITAMAN SALJU
Watak : Man, Azrul, Kasim, Zul, Hana, Mahadhir, Pemandu Bas Ekspress JB-KL, Penumpang-penumpang Bas Ekspress JB-KL, Pemandu Lori & Polis.
...sambungan dari CBDS pt7...
”Siapa ni ?”, tanya Man.
”La, adik hang sendiri tak kenai ker ?”, jawab Azrul dalam keadaan menggembirakan. Maklumlah sudah berapa tahun mereka tidak ketemu.
”Bang, dengar khabar abang balik kampung. Betul ker ?”, tanya Azrul pula.
””Yerp, abang jumpa mama dan adik Farah.”, jawab Man.
”Azrul, abang nak naik bas dah ni. Malam ni abang balik ke KL. Cuti sekejap jer”, tegas Man lalu meletakkan gagang.
”Ok”, jawab Azrul yang mungkin tak sempat Man mendengar.
Beberapa tahun lalu, Ika dan Man bagaikan merpati dua sejoli namun kini tidak pasti mengapa dan kenapa mereka renggang hanya disebabkan kata-kata Puan Asmah yang sebenarnya secara realiti menyayangi anaknya Ika dan tidak mahu anaknya hidup susah. Puan Asmah sememangnya berkenan dengan Man namun kalau difikirkan semula, dia nak bagi anaknya Ika makan apa ?. Itulah faktor utama Arif lebih baik daripada Man. Mungkin sudah ditakdirkan Ika dan Arif hidup bersama dan berkemungkinan Man pula menjadi halangan yang besar. ”Lagu Seandainya Masih Ada Cinta dendangan Dayang Nurfaizah, pilihan Zainal buat teman wanitanya yang jauh di mata tapi dekat dihati. Kita perdengarkan...”. Kedengaran corong radio bas ekspress yang Man naiki membuka radio ERA. Syahdunya lagu ini dan buat Man selesa dan terus mengelamun memikirkan masalah hubungannya dengan Ika. Tiba-tiba...
”Abang, next week Zul akan balik ke Sarawak.”, Zul memebritahu abangnya yang kini sedang berehat di ruang tamu rumah abangnya.
”Lama ker lepak sana sebelum cari kerja kat KL ni ?”, tanya Kasim dengan nada ingin tahu.
”Sebenarnya Zul baru terima offer syarikat di Sarawak.”, jawab Zul.
”Baiklah, kalau itu yang Zul fikirkan terbaik Zul. Kalau sudah tinggal di Sarawak, selalulah jenguk mak dan ayah kat sana. Ok brother. Ha, dah solat Isyak ker ?”, tegas Kasim kepada adiknya.
”Belum bang, Insya Allah, kalau Zul dah stay sana maka sudah pasti akan jenguk mak dan ayah. Abang jer entah bila nak balik sana. Masa call emak semalam, dia beritahu abang sudah lama tak pulang.”, Zul menjawab dengan nada gembira kerana abangnya sudah sembuh dan amat berharap agar abangnya tidak kenalkan lagi mana-mana gadis untuk dia. Biarlah yang lalu berlalu dengan baik. Hatinya sudah dipatahkan oleh seorang sahabat yang selama ini membantunya dan dia harus menerima dengan tabah dan pengorbanan ini harus dilakukan demi membalas segala budi yang pernah ditaburkan sahabatnya.
”Moga kau berbahagia Rul bersama Hana.”, kata hati Zul dengan melangkah ke bilik air untuk mengambil wudhuk.
Segala yang ada di dalam ruang hidup Hana memberikan dia suasana yang menggembirakan. Namun bekerja sebagai seorang doktor memang amat mencabar. Dia tidak sangka dalam usia muda dia sudah dikenali sebagai doktor pakar dan telah menerima pelbagai anugerah. Ibu dan abangnya amat berbangga terhadap diri dia. Kini dia dalam dilema samada ingin meneruskan hubungan dengan Azrul yang terkenal dengan playboynya ataupun jejaka yang dia jumpa tengahari tadi. Dia kagum melihat gaya dan perwatakan Mahadhir yang sungguh serius dan tenang menghadapi situasi. Hana merupakan seorang gadis yang prihatin terhadap keperluan masyarakat. Tidak hairanlah ahli-ahli keluarganya semua dikagumi oleh masyarakat setempat. Ibunya Datin Latifah seorang dermawan yang tidak putus-putus membantu anak-anak yatim serta ibu tunggal dan kadang-kadang dia pernah melihat ibunya mengalir air mata melihat situasi kehidupan yang susah ini. Dia kagum dengan ibunya. Hana mencapai gagang telefon.
”Hello”, suara lelaki kedengaran.
”Saya Hana, ini encik Mahadhir ker ?”, Hana memperkenalkan diri kepada Mahadhir.
”Oh, apa khabar Hana, ish toksah ber encik-encik, call me Mahadhir saja sudah memadai.”, jawab Mahadhir.
”Riuh rendah jer bunyi kat sana, Mahadhir kat mana ?”, tanya Hana.
”Ohhh, ada kenduri kahwin abang saya. Malam ni rewang-rewang. Esok kenduri”, jawab Mahadhir.
”Abang Mahadhir yang kahwin, so, Mahadhir sudah kahwin ker ?”, tanya Hana kembali.
”Ish Hana ni, saya bujang lagi. Teruna lagi tu. Hehehehe.”, lawak sinis Mahadhir.
”Hana, saya masih banyak perkara nak dibuat. Kita sembang later. Insya Allah saya akan call awak sejurus sampai di KL lusa. Can you wait for my call ?”, tanya Mahadhir.
”Baiklah, sampaikan salam kepada kedua-dua pengantin yer.”, jawab Hana dan meletakkan gagang telefonnya sesudah memebrikan salam antara satu sama lain.
”Aduhai Mahadhir, apabila mendengar suaramu hatiku tenang dan seolah-olah dibawa bayu laut yang tidak pernah aku lalui selama ini. Adakah ini namanya rindu.”, Hana mengelamun dan kata hatinya semakin terbawa-bawa macam Man yang kini dalam Bas Ekspress menuju ke KL.
Hana terlelap dan perlu tidur awal untuk menghadirkan diri ke Hospital seawal mungkin bagi memastikan pesakitnya tidak ternanti-nanti. Sungguh bersemangat Hana untuk memulakan tugasannya esok.
”tut tut, kini jam 8 pagi, Berita Pagi Malaysia, sebuah bas ekspress dari Johor Baharu ke Kuala Lumpur telah berlanggar dengan sebuah lori yang dipercayai pemandu lori itu telah terbabas ke lorong kecemasan dan menyebabkan bas ekspress berkenaan tidak sempat untuk mengelak lalu melanggar dibelakang lori itu. Pemandu lori berkenaan tidak mengalami sebarang kecederaan dan kini ditahan oleh pihak polis untuk disoal siasat. Manakala, seorang pemandu bas dan 10 orang penumpang telah dipercayai meninggal dunia di tempat kejadian. Mereka ialah Zairol Aswandi Bin Jusoh, Fadhli Zorwan Shah Bin Saad, Khairul Azman Bin Halim....”.
...ikuti sambungan CBDS pt9...
No comments:
Post a Comment